Sunday, August 10, 2008

PERTANDINGAN ROBOTIK PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Assalamualaikum wrt wbt

Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan robotik SK Bandar telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Robotik Peringkat Negeri Kelantan bagi kategori Sekolah Rendah. Dengan itu, SK Bandar akan mewakili Negeri Kelantan ke Pertandingan Robotik peringkat Kebangsaan di UTM Skudai Johor pada bulan September 2008 nanti. Sama-samalah kita mendoakan agar Negeri Kelantan akan menjuarai pula di peringkat Kebangsaan nanti untuk mewakili negara Malaysia yang akan bertanding di negara Jepun. Tahniah kepada jurulatih Cikgu Wan Mohd Shukri Wan Hassan dan team robotik iaitu adik Dzul Syazimin, Abdullah Azim dan Syarifah Natasya yang telah mempamerkan persembahan yang menarik.

Thursday, July 10, 2008

KURSUS LDP KALI PERTAMA 2008

Assalamualaikum wrt wbt

Untuk makluman semua pihak, SK Bandar akan mengadakan kursus LDP seperti berikut :
Tarikh : 19 dan 26 Julai 2008 (sabtu)
Masa : 8 pagi hingga 2 petang
Tempat : Makmal Komputer
Sasaran : 25 orang guru

Diharapkan kursus ini akan dapat berjalan lancar dan menambahkan profesionalisme guru-guru SK Bandar.

Thursday, April 17, 2008

SEJENAK DI SK BANDAR

SK Bandar terletak di Kampung Bandar, Pulai Chondong di daerah Machang, Kelantan. Jarak dari bandar Machang ialah sejauh 22 km. Bilangan guru adalah seramai 22 orang dan murid seramai 228 orang.