Sunday, August 10, 2008

PERTANDINGAN ROBOTIK PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Assalamualaikum wrt wbt

Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan robotik SK Bandar telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Robotik Peringkat Negeri Kelantan bagi kategori Sekolah Rendah. Dengan itu, SK Bandar akan mewakili Negeri Kelantan ke Pertandingan Robotik peringkat Kebangsaan di UTM Skudai Johor pada bulan September 2008 nanti. Sama-samalah kita mendoakan agar Negeri Kelantan akan menjuarai pula di peringkat Kebangsaan nanti untuk mewakili negara Malaysia yang akan bertanding di negara Jepun. Tahniah kepada jurulatih Cikgu Wan Mohd Shukri Wan Hassan dan team robotik iaitu adik Dzul Syazimin, Abdullah Azim dan Syarifah Natasya yang telah mempamerkan persembahan yang menarik.